SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BELIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BELIA. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

PANAS BERAPI!! OTAI-OTAI ROCK BIKIN PANAS DI PENTAS FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.. #FBP13

PANAS BERAPI!! OTAI-OTAI ROCK BIKIN PANAS DI PENTAS FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.. #FBP13








Terbaek beb!!! Memang gempak giler konsert lagenda di Festival Belia Putrajaya 2013 ni gua rasa..

Otai-otai rock kita memang menyengat habis seperti di zaman kegemilangan dorang walaupun ada sebahagiannya dah makin berusia..

Terima kasih gua ucapkan kepada pihak Kementerian Belia dan juga pada pihak kerajaan kerana menganjurkan konsert ni..

Ternyata lagu-lagu otai rock ni semua tak lekang dek panas beb.. Buktinya ribuan golongan belia yang hadir disini memang mampu menyanyi seiring dengan band diatas pentas..

Gua pun tak dapat menahan diri untuk buat headbanging bila Rusty Blade perform tadi..

Apapun.., rock will never die!!! Terbaek lah otai-otai rock semua!!! SALUTE!!!!

Kredit Kepada MPP

Ahad, 26 Mei 2013

INFO @ AKJr : Sambutan Meriah di Perasmian Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh PM @NajibRazak @Khairykj

INFO @ AKJr : Sambutan Meriah di Perasmian Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh PM @NajibRazak @Khairykj



Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.


"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari Sabtu.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.



"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.

"Sebagai generasi muda, kita mesti faham tuntutan perubahan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam negara kita," katanya.

Najib menyarankan generasi muda agar berfikiran waras dan rasional serta tidak termakan hasutan dan penipuan khususnya dalam ruang siber.


Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.

"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.

"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.

"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.

Psssttt... AKJr : Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua belia dari seluruh negara yang telah menjayakan Festival Belia pada tahun ini.. Kredit pertama tentulah diberikan kepada Chief Kita YB KJ selaku Menteri Belia dan sukan yang baru, yg sgt komited demi merealisasikan program ini..


Khamis, 23 Mei 2013

INFO @ AKJr : FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.. CABARAN PERTAMA BUAT @KhairyKj

INFO @ AKJr : FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.. CABARAN PERTAMA BUAT @KHAIRYKJ



Festival Belia Putrajaya 2013 adalah merupakan perayaan kepada Sambutan Hari Belia Negara dan akan dilaksanakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 23 hingga 26 Mei 2013. 

Perhimpunan ini berkonsepkan kepada membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jatidiri.

Festival Belia Putrajaya 2013 adalah himpunan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan kesukarelaan. 

Ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk ekspresi diri dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka dan mencabar.

Kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang Persiaran Perdana dari Presint 1 hingga Presint 6, 18 dan 20. Keseluruhan segmen yang dicadangkan sebanyak 30 segmen dengan 500 acara.

Pendekatan pelaksanaan Festival ini akan mengambil kira beberapa elemen experience kepada program yang telah berlangsung sejak tahun 2010 hingga 2012. Pendekatan ini adalah seperti berikut:

i. Display of Energy
Iaitu dengan melaksanakan aktiviti yang digemari oleh belia serta menyediakan ruang dan peluang kepada mereka mempamerkan kebolehan dan bakat yang ada mengikut gaya hidup masing-masing.

ii. Pasaran Belia Terbesar (The Biggest Youth Market)
Festival Belia akan menjadi medan pasaran yang terbesar dengan jumlah kehadiran belia yang dijangka melebihi 2 juta orang. Di sinilah peluang yang boleh diambil oleh syarikat swasta, badan berkanun untuk memperkenalkan produk masing-masing di samping membuat jualan.

iii. Penampilan yang terbaru atau pun terkini (Latest of the latest)
Festival Belia Putrajaya akan membawa kejutan dan sesuatu yang terbaru dan terkini atau pun latest of the latest. Ia akan berlaku baik dalam bentuk hiburan, sukan lasak atau pun penciptaan. Ini termasuk peringkat tempatan ataupun antarabangsa.

iv. Semangat Patriotik dan penuh dengan perasaan kecintaan kepada negara
Festival ini akan mengangkat dan menjulang Semangat Patriotik dan perasaan kecintaan kepada negara terutama di kalangan anak-anak muda yang mewakili pertubuhan belia, mewakili badan-badan tertentu termasuk wakil negeri-negeri yang bertanding secara sihat. Suasana ini jelas akan kelihatan terutama semasa Pelancaran Festival oleh YAB Perdana Menteri.

Psssttt... AKJr : MOH KOME SEMUA KITA PAKAT RAMAI-RAMAI JOM SERANG PUTRAJAYA BERMULA PADA HARI INI 23/05/13 SEHINGGA AHAD 26/05/13.. PELBAGAI ACARA DAN PROGRAM YANG MENARIK TELAH DISEDIAKAN KHAS UTK ORG2 MUDA BELIA PEWARIS NEGARA.. JOM BELIA!!