PANAS TERIK!! BAWANI ADALAH CONTOH MAHASISWA PRO PEMBANGKANG YG BODOH PIANG!!!
Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika
perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana
tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada
yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit
sana dan sini, itu bukan di namakan adab.
Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator
dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat
ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada
menyentuh langsung soal politik.
Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai
soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan
kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami
untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti
Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun
yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu
untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani
menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah
Sharifah pada hemat saya.
Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan
masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang
dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu
ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.
Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab
oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa
yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya
untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli
sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga
dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui
mekansime yang lain.
Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan
negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada
bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana
dengan keadaan di negara berkenaan.
Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma
dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi
di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan
pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan
yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan golongan yang berpendidikan
rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki
universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang
kayanya mendominasi di sana.
Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan
pendidikan percuma?
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan
mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university,
selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai
soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia
dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara
mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas
pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil.
Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?
Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies
established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil,
dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil
sendiri. (sumber: http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)
Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi
artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai.
Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
(sumber : http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr)
Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang
ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan
merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?
Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.
Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah
dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita,
pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu
sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.
Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat
sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang
pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja,
tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak
95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar
5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas
manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun.
Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?
Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi.
Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun
kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising,
dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat
Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya.
Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain,
sama-samalah kita kongsikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan