Ok
aku nak share dengan korang pasal satu komen dari pembaca yang aku rasa
dia ni dah confuse dan mempunyai sangkaan buruk terhadap Tan Sri Syed
Mokhtar, aku nak perjelaskan pada dia sebaik mungkin. Kalau tak puashati
dengan jawapan aku, ada aku kisah?
Komen: Bukan nak dengki, walaupun Yayasan Bukhari dah dapat Pos Malaysia
dengan tanah-tanahnya, Lapangan Terbang Senai dulu nama Lapangan
Terbang Sultan Ismail, ada tertanya tak kenapa Tuanku Sultan perintah
dikeluarkan nama almarhum Sultan?
Jawapan: Aku tertarik dengan komen part ini,
kalau anda ada story penuh sila share kat sini, kalau tak ini aku anggap
macam cerita penglipurlara tahap Anwar, dengan boleh, percaya jangan.
Lagipun TS Syed Mokhtar dah invest hampir 3 billion di Johor tau, ianya
lebih dari negeri kelahiran dia sendiri di Kedah!
Komen: Belum masuk lagi, tanah-tanah kerajaan yang berstatus premium
gred A yang dapat kepada IJM yakni syarikat cina, yang Yayasan Bukhari
ada pegangannya.
Jawapan: IJM adalah sayrikat joint-venture
antara Syed Mokhtar dan lain-lain, bukan syarikat Cina, check ur fact
bro, Lagi satu, lain-lain industri DRB-Hicom di pekan banyak beri
peluang untuk orang melayu. Adakah syarikat Cina buat untuk melayu
sepertimana Yayasan Bukhary buat?
Soalan: Apa jadi dengan Asian Petroleum Hub
Jawapan: Cuba Selidik balik saudara, tak de
kena mergena pun dengan Yayasan Al Bukhary. Mana saudara dapat info ni?
dari Anwar Ibrahim bagi ke?
Pertuduhan: Lebuhraya West-Coast Expressway yang harganya 6 billion,
belum masuk kira lagi New Pantai Expressway, dan beberapa lagi
inter-city highway dalam KL ni
Jawapan: Ini pun maklumat tak tepat, adakah syarikat lain tak dapat brader? Saudara cakap macam orang lain tak dapat langsung!
Pertuduhan: Ini belum masuk konsortium M*daj*ya-Ki*ra Ter*t*i untuk
projek lebuhraya Central Spine Road (sampai Kelantan tuu) yang kosnya
dijangka sekitar RM7 billion.
Jawapan: Kan ke bagus syarikat melayu yang
buat? Adakah saudara akan gembira sekiranya Robert Kuok atau YTL yang
buat? Kalau melayu boleh laksanakan, takkanlah mereka tak patut diberi
perluang? Ada kemampuan dan kebolehan buat je la, kenapa pasal syarikat
melayu maka kena tolak la ya?
Pertuduhan: Apa tak ada konsortium bumiputera lain lagi ke yang layak juga untuk buat dan urus highway?
Jawapan: Kalau bagi pada plus atau yang lain
pun saudara akan bising perkara sama, apa tak ada orang melayu lain
boleh buat? Takkanlah kita nak buat macam PAS buat highway? Ambil duit
derma rakyat lepas tu tak tau lagi nasib nak dapat jalan ke tidak atas
highway tu?
Pertuduhan: Dalam IT pun ada jugak. Cuba pergi selidik, syarikat mana
yang dapat kontrak untuk E-Tanah (yang MAMPU sebagai agensi kerajaan
sendiri boleh buat), tengok hubungannya dengan P*nc*k S*m*ng*t.
Jawapan: Cuba saudara siasat siapa yang dapat kontrak Computerisation LHDN? Ada sesiapa kisah nak tanya?
Pertuduhan: Supply beras pun dia control. Melayu lain tak boleh buat ke? Kenapa satu orang je monopoli?
Jawapan: Wahai Saudara, dulu masa Robert Kuok
control supply gula tak ada pulak orang pertikai, lagi sekali kita tanya
kalau orang ada kebolehan dan kemampuan salah ke? Tepung tu Robert Kuok
pegang AP tak pulak saudara marah ya?
Soalan: Bro, orang melayu kita pun marah bro, terutamanya yang buat bisnes, habis cina control buat apa lagi?
Jawapan: Ciina control kita marah, dah bagi kat
MELAYU control pun NAK marah juga, ish! Serba tak kena la saudara
ni...make up your mindlah saudara brader!
Pertuduhan: Betul bro, memang dia banyak bagi sumbangan yang itu, yang
ini, masjid lah, pada UMNOlah dan sebagainya, tapi, ingat bro, 1 orang 1
undi je. Sebab itulah golongan bandar melayu fikir banyak-kali untuk
beri undi pada kerajaan. Kalau 1 orang je Melayu yang boleh berniaga,
itupun belakang cina belaka, yang lain boleh balik kampung tanam jagung
laa.
Jawapan: Betul ke satu orang melayu saja yang
kaya saudara? Cakap biarlah berakal dan cerdik sikit. Macamana nak bagi
orang melayu lain kalau macam ni punya argument...kalau bagi betul la
orang tuduh kroni...sebelum buka mulut kaji dan selidiklah dulu, jangan
sedap cakap saja
Soalan dan cadangan: Datuk Najib kena ingat, dulu Pak Lah jatuh kerana
Scomi dan menantunya. Kita tahu PM kita bekerja keras untuk bantu
rakyat. Cuma kita tak mahu PM terlepas pandang. Kita tak mahu PM kita
dikaitkan dengan perkara sebegini. Dengar nama Yayasan Bukhari saja,
semua lari ke tepi, masuk tender pun buang masa saja. Harap bro kaji
dulu perkara ni. DAP bercakap atas dasar kepentingan politiknya. Tapi,
kita sendiri pun kena maklum isu ini. Jangan hentam keromo sahaja nak
sokong.
Jawapan: benar saudara apa yang dibuat Pak Lah
meman kita tak nafikan, semuanya hampir musnah disebabkan dia, itu benar
tapi saudara silap kerana menyamakan Yayasan Al Bukhary dengan Scomi,
harus diingat saudara pun jangan hentam keromo saja nak bangkang dan
marah. Pahit getir dilalui oleh Syed Mokhtar tak sama dengan Scomi yang
datang entah dari mana dan terus jadi kaya gila.
Sumbangan Yayasan Al Bukhary kepada negara kita dan rakyat Malaysia
memamg banyak saudara, kalau nak tulsi, tujuh hari tujuh malam pun tak
habis. Dah berbuih mulut aku cerita pasal Syed Mokhtar ni. Saudara kena
ingat, semua sayrikat yang dibeli oleh Syed Mokhtar ini dibeli dengan
haraga pasaran dan kadang-kadang tu dia bayar lebih dari harga pasaran
yang sebenar!
Adakah saudara tahu ramai peniaga Melayu yang dapat projek atau kontrak
kecundang diluar sana? Kenapa? ada yang tak cukup dana, ada yang dapat
projek terus lupa diri. Ada yang dapat projek tapi disabotaj kaum DAP
kerana mereka control tau control semua perniagaan runcit!
Cuba saudara bayangkan kalau takde Mydin di negara kita ni, betapa susah
orang melayu yang nak hidup dengan IKS? Produk mereka selalu dikeepikan
dan tak mendapat tempat di rantaian kedai kaum DAP ni, sebab ada Mydin
la banyak produk Melayu dipasaran ni sampaikan Giant, Carrefour dan
Tesco juga sudah mula menerima mereka!
Tahukah saudara disebabkan Tan Sri Syed Mokhtar ada banyak sayrikat maka
supplier untuk kesemua syarikat dia ni membuka ruang untuk orang melayu
berniaga? Perlu ke saya perincikan lagi?
Allah bagi akal saudara, gunalah dengan sebaik-baiknya dan jangan bunuh saudara sendiri!
Sekian. Terima Kasih!