SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 29 November 2012

JOM TONTON!! Hasan Ali Kecam Nurul Izzah Yang Buka Ruang Umat Islam Tukar Ugama


JOM TONTON!! Hasan Ali Kecam Nurul Izzah Yang Buka Ruang Umat Islam Tukar Ugama




Jelas sekali apa yang dinyatakan oleh Yb Hassan Ali berhubung kenyataan Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim yang menyatakan orang Melayu boleh menukar agama kepada agama lain. Itulah Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim yang mana kita tahu akan menghalalkan apa sahaja asalkan mereka memperolehi undi dari pihak pihak lain selain umat Islam.

Psssttt.... Kau orang nak tukar agama ke?

Sumber : PAPAGOMO

Rabu, 28 November 2012

Bukti Golongan Muda Berpelajaran Tinggi Menyokong Kerajaan @NajibRazak @KhairyKJ @Razaliibrahim @TunFaisal @RazlanRafii


Bukti Golongan Muda Berpelajaran Tinggi Menyokong Kerajaan @NajibRazak @KhairyKJ @Razaliibrahim @TunFaisal @RazlanRafii




Seramai 3,500 mahasiswa seluruh negara berbilang bangsa menghadiri Konvensyen 
Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 yang diadakan di Dewan Merdeka, 
aras 4 PWTC Kuala Lumpur siang tadi.
Majlis yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 
Tan Sri Muhyiddin Yassin berlansung dengan penuh keharmonian dan profesionalisme 
yang tinggi ditunjukkan oleh para peserta.

Sesi dialog atau soal jawab turut mengambil tempat secara langsung antara
 mahasiswa dan Muhyiddin.

Selain ucaptama dan perasmian oleh Muhyiddin, tokoh-tokoh pemimpin seperti 
YB Datuk Sri Ahmad Shabery Chik dan YB Datuk Razali Ibrahim turut mengisi slot 
konvensyen tersebut dengan jayanya.

Mahasiswa yang hadir adalah sebahagian dari penuntut universiti yang bakal 
menerajui negara kelak dan konduk diri yang profesional dipertontonkan mereka 
adalah jauh berbeza dari segelintir masyarakat yang berdemonstrasi dan 
berjerit tempik seperti dilakukan oleh kumpulan Anti-Lynas dan Dong Zong 
pada waktu yang sama di tempat berbeza.


Antara mahasiswa yang ditemui rata-rata menzahirkan tahap kepercayaan yang 
tinggi terhadap transformasi kerajaan terutama dengan pindaan AUKU baru-baru
 ini serta pemberian taraf otonomi kepada universiti.

Tidak hairanlah jika pilihanraya kampus 2012 yang baru berlangsung memperlihatkan
 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dikuasai oleh Aspirasi Mahasiswa yang mendominasi 
18 dari 20 universiti utama, Malaysia. 

Selasa, 27 November 2012

Wajib Baca: Ideologi Komunis di Malaysia!

Wajib Baca: Ideologi Komunis di Malaysia!


Sebelum AKjr mengolah lebih lanjut tentang isu ini, lihat dahulu gambar-gambar di bawah.


Gambar-gambar diatas ialah sebahagian gambar-gambar yang boleh di'google' bersempena dengan Jalan Kaki Anti-Lynas ke Dataran Merdeka sejauh 300KM dari Gebeng, Kuantan, Pahang yang diketuai oleh Encik Wong Tat. Seterusnya viewers bandingkan dengan gambar di SINI

Isu doa: Hasan Ali mahu Jais ambil tindakan tegas


Isu doa: Hasan Ali mahu Jais ambil tindakan tegas


Hasan Ali

Dr Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengambil tindakan tegas terhadap khatib yang mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam doa penutup khutbah Jumaat lalu di Masjid Al Falah, Hulu Yam.

Bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan peraturan Jais kerana diakui sendiri khatib terbabit bahawa doa tersebut merupakan tambahan dan bukannya dalam teks khutbah.

Menurutnya, perkara ini perlu ditangani dengan tegas kerana bimbang akan terus berleluasa dan mendatangkan impak negatif kepada perpaduan ummah.

“Apabila doa tersebut tidak terkandung dalam teks khutbah Jumaat, ini jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan dalam pentadbiran dan pengurusan Jais sendiri.

“Kita juga bimbang sekiranya doa negatif sebegitu dibenarkan dan tiada sekatan, sudah pasti ianya akan ‘berjangkit’ ke tempat-tempat lain pula.

“Jika ia terus dibiarkan berlaku, dikhuatiri akan timbul perpecahan dalam masyarakat kerana sesiapa yang mendengarnya akan timbul kemarahan dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan melibatkan perilaku fizikal dan  sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, institusi masjid sebagai rumah ALLAH SWT juga akan tercemar sekiranya berlaku pergaduhan di dalamnya seterusnya kesucian agama Islam akan tercemar.

Dalam pada itu, Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil yang juga bekas Exco Agama Selangor berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana masjid bukan gelanggang politik.

Abd Rahman turut menyifatkan doa tersebut lebih menjurus kepada hawa nafsu semata kerana sebagai orang Islam tidak sepatutnya mendoakan kehancuran saudara seagama.

“Ajaran apa yang dia (khatib) itu ikut kerana dalam Islam kita ditegah mendoakan yang tidak baik lebih-lebih lagi sesama kita Islam, bagaimana kalau yang didoakan itu termasuk keluarga dan saudara maranya, adakah dia rela melihat kehancuran mereka?” katanya.

Jumaat lalu, jemaah Masjid Al Falah terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan BN selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.

Sementara itu, khatib terbabit yang merupakan Imam II masjid itu, Mohamad Azmi Hassan mengakui doanya itu adalah tambahan beliau sendiri dan tidak terkandung dalam teks asal dan tindakannya itu semata-mata mahu meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Sumber : Sinar Harian

Isnin, 26 November 2012

PANAS TERIK!! PAS buktikan betapa jijik dan hinanya perjuangan mereka ..!


PANAS TERIK!! PAS buktikan betapa jijik dan hinanya perjuangan mereka ..!


Penjahat yang berselindung disebalik serban dan kopiah..

KITA harus merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada adik Nik Aziz,Nik Razi Nik Mat yang memimpin bacaan doa untuk menjahanamkan UMNO dan juga berterima kasih kepada Nik Aziz yang telah menjatuhkan hukum murtad kepada UMNO,sebuah parti yang ahlinya adalah orang-orang Melayu Islam kerana gabungan suara dua beradik ini membuktikan bahawa mereka adalah antara  pemimpin yang jahat berada dalam PAS,rendah akal budinya dan jubah serta janggut hanyalah alat untuk menutup kejahatan serta kebatilan mereka dan membuktikan PAS sedang nazak serta menunggu masa untuk ditalkinkan.


Ini sahajalah modal politik Nik Aziz yang selama ini menjadikan agama islam sebagai barua parti mereka untuk menafikan ataupun mencela UMNO agar rakyat mengundi serta menyokong PAS yang begitu  lama mencari peluang untuk membunuh UMNO dan dengan menggunakan janggut,serban serta serba sedikit pengetahuan agama,mereka bergabung sebagai sebuh pakatan jahat dengan memulai Amanat Hadi di Bukit Peradung unutk mengakfirkan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO.


Modal Islam ini mereka bawa sehingga ke hari ini walaupun mereka sendiri bergelumangndengan najis babi dalam pakatan pembangkang kerana  mereka sendiri tahu untuk mengalahkan UMNO dalam sifir fakta serta kejayaan,PAS umpama buih ditengah lautan kerana mereka ini tidak menyumbang walau sebesar hama sekalipun kepada kemajuan negara malah kehadiran mereka dalam kancah politik tanhair umpama sebuah gerakan ajaran sesat yang bertopengkan Islam dan memutarbelitkan ayat-ayat Al-Qur`an serta hadis.


Kita juga berterima kasih kepada Tuhan kerana memanjangkan usia Nik Aziz kerana akhirnya kita semakin mengenali  batang tubuh Nik Aziz bahawa beliau  tidak ubah seperti seorang Yahudi Israel yang sedang menyerang orang-orang Islam di Semenanjung Gaza ketika ini.


Nik Aziz dan kumpulan penjahat yang berada dalam PAS ketika ini seakan habis ikhtiar politik untuk menewaskan UMNO dan tindakan terbaru memurtadkan UMNO dan adiknya mendokan kehancuran UMNO merupakan tindakan paling terdesak apabila beliau menyedari orang-orang Melayu semakin menjauhkan diri dari parti PAS.


Demimu DAP..hancurkanlah Melayu di bumi ini..!
Setiap kali Nik Aziz bertindak gila hingga ada yang berkata bahawa pakaian bersunnahkan Nabi yang Nik Aziz pakai berbeza jauh dengan tindakannya menjadikan UMNO semakin kuat,menjadikan pemimpinnya semakin sihat.Kalau mahu diikutkan doanya, Tun M sudah lama mati,PM Najib sudah lama pecah perut dan sesiapa yang mengatakan Nik Aziz kononnya Nik Aziz ini zuhud,keramat atau apa sahaja,sudah ramai orang yang herot mulutnya tetapi setiap doa jahat dan sial datang dari mulut Nik Aziz serta pengikut-pengikutnya tidak pernah dimakbulkan Allah.Nik Aziz umpama bangkai yang bernyawa.


Barangkali kita tidak pernah terfikir apabila melihat kepada gaya berpakaiannya,hebatnya beliau menuturkan ayat-ayat Al Qur`an,beliau sanggup mengkafirkan sesama islam,beliau sanggup menghukumkan murtad seseorang yang tidak bersependirian dengan beliau dan partinya dan dalam usianya yang sedang menunggu hari mati,beliau sudah dijangkiti penyakit `down sindrom”..Malang,masa yang sepatutnya beliau gunakan untuk bertaubat dan meminta ampun dari Allah tidak digunakan sebaiknya tetapi beliau lebih memilih untuk terus melakukan dosa fitnah berterusan.


Nik Aziz harus mencerminkan diri dan PAS sendiri perlu bermuhasabah mengapa parti mereka terus gagal dan sentiasa gagal malah di PRU13 nantipun mereka akan tetap gagal kerana pepatah pun ada menyebut kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.


Pernah Nik Aziz dengar UMNO mendoakan kehancuran PAS?Pernah UMNO memperdagangkan segala hukum Islam termasuklah Hudud bagi memancing undi?Pernah UMNO mengkafirkan sesama islam?

Ini semua UMNO tidak pernah lakukan kerana perjuangan Islam UMNO dilakukan secara tersirat,mendaulatkan islam dengan penuh tertib dan berhemah.Sesiapa sahaja boleh membaca Perlembagaan UMNO dan bacalah tanggungjawab UMNO terhadap Islam.


Meskipun UMNO dilihat begitu buruk oleh Nik Aziz dan PAS,UMNO tidak pernah mendoakan PAS ataupun Nik Aziz,Hadi Awang senasib dengan Firaun,Qarun,Namrud dan Abu Lahab kerana UMNO mendokong prinsip demokrasi tetapi berlainan dengan PAS,untuk meraih undi,mereka sanggup dan telah lakukan apa sahaja.


Serban hanyalah alat untuk selindung sifat keji..
Kalau beginilah cara serta corak politik PAS,mereka tidak payahlah bermimpi untuk menggantikan UMNO dan dengan kerusi yang tidak cukup untuk memimpin kerajaan,tidak usahlah berkhayal untuk memimpin negara ini kerana mereka sebenarnya telah dijadikan alat oleh DAP dan PKR.PAS hanya sebuah kertas lukisan ataupun kanvas yang boleh dicatkan ataupun dilukiskan apa sahaja mengikut kemahuan DAP dan PKR.


PAS cuma sebuah jamban tua dihujung kampung,didalamnya penuh dengan najis dan bangkai yang memualkan.Kepada semua orang Melayu Islam yang masih berada dalam PAS,renungkanlah ke dalam diri.Apakah kita sanggup berperang ataupun bermandi darah dengan Melayu Islam dalam UMNO sedangkan yang sedang menanti untuk mengaut untung dan laba adalah orang-orang kafir yang berada dalam DAP dan PKR?


Bertaubatlah Nik Aziz selagi pintu taubat masih terbuka dan jalan terbaik untuk Nik Aziz dan pasukan jahatnya adalah bubarkan PAS dan kembali dalam satu saf,satu jemaah untuk bersama-sama UMNO menentang kebangkitan kafir laknatullah yang sedang mahu menghancurkan Islam hari ini.Jangan gadai akidah hanya kerana mahu menang pilihanraya..

KANTOI !!! ISU LYNAS !!! PUAK PR KENA KENCING BULAT-BULAT... MEH SINI BACA FAKTA SEBENAR !!!


KANTOI !!! ISU LYNAS !!! PUAK PR KENA KENCING BULAT-BULAT...  MEH SINI BACA FAKTA SEBENAR !!!



kadangkala saya kesian juga melihat rakyat malaysia terutama yang mengikut PR ni kena tipu oleh pemimpin PR terutama Fuziah Salleh.semalam puak-puak yang kena kencing ni datang ke dataran untuk menunjukkan protes mereka.yang bestnya budak kecil jadi mangsa untuk perhimpunan ni.mereka ni tak kesian ker kat budak kecik ni ??? sanggup kena tipu sampai 300km berjalan kaki ??? pihak lynas dah bagitahu semua ni tak berbahaya tapi masih degil kata berbahaya.apa cerita ni ??? yang datang kebanyakan dari puak cina DAP.macam ada udang di sebalik batu jer ???

saya nak cerita sikit pasal Lynas ni.kalau tak faham juga pergi study balik wahai puak PR yang baca Badut Rakyat ni.isu pokok yang menjadi punca bantahan PR dalam isu Lynas Corporation ini ialah 2 perkara.kesan radiasi dan radioaktif yang kononnya dihasil dan dibebaskan oleh kilang tersebut ke persekitaran setempat.Walaupun telah berbuih dibuktikan bahawa Lynas hanyalah sebuah kilang biasa,tapi pembohongan itu tetap dimain-mainkan berulang kali sehingga ada juga segelintir rakyat yang termakan dengan hasutan tidak berasas itu.




sekali lagi saya bagi beberapa fakta yang diselewengkan oleh pembangkang dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengannya. 

1. Lynas menyebabkan hujan radioaktif 

Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.Ini dalam scenario terburuk,dalam senario terburuk,dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu. 

2. Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah 

Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah. 

3. Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas 

Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA. Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan.

 4. Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir 

pada pandangan saya,dalam banyak-banyak pembohongan,yang ini adalah yang paling jahat sekali.Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.Walaupun tanpa Lynas,anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year} 

 5. Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan 

Sekali lagi,satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun). Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek dan tidak akan bergerak jauh.Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang. 

6. Tiada Tahap radioaktif selamat 

Dakwaan ini juga salah.Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilkan oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk. 

7. Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan 
statement dakyah palsu yang ini buat saya ketawa sampai sakit perut.Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat ??? Untuk pembinaan saja,semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap,kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.anda nak tak kalau anda di beri peluang kerja sekiranya anda berada di kuantan ??? mesti nak kan ??? belanja pun jimat,janji rezeki halal.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

8. Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang 

Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal. Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan. 

9. Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun. 

Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut. 

10. Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif 

Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA. 

11. Mengikut undang-undang Australia,sisa perlu dikembalikan ke lombong 

Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat yang dibina mengikut undang-undang Australia,bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia. 

itu 11 fakta yang saya beri.sedarkah anda wahai pembaca Badut Rakyat bahawa sebuah kilang magnet nadir bumi,Shin Etsu Sdn Bhd di Selangor turut terlibat dalam soal pemprosesan bahan dari nadir bumi untuk produk keluarannya sejak 90-an.Kenapa kerajaan Selangor sekarang dan Fuziah sendiri tidak membantah kewujudan kilang tersebut ??? Adakah kerana ia akan menjejaskan ekonomi Selangor dan pendapatan rakyat Selangor yang akhirnya akan membawa kepada tumbangnya PR di Selangor ??? Soal ia di dirikan oleh atau pada zaman kerajaan Barisan Nasional,itu bukan isu utama. 

Soal alam sekitar ini (jika benar mengancam masyarakat setempat) bukan di tentukan oleh pihak mana yang membina.Yang penting kalau kerajaan semasa berpendirian produk nadir bumi ini adalah produk radioaktif dan beradiasi,maka mereka harus mengambil keputusan menutupnya.Apatah lagi yang jelas kilang magnet nadir bumi,Shin Etsu Sdn Bhd di Selangor.cuba kira dari tahun 90 sampai sekarang.ada tak orang mati kerana radiasi di sekitar kilang itu.maksudnya sekitar kawasan berkenaan ??? Fakta yang di dedahkan di atas membuktikan bahawa bantahan PR keatas pembinaan kilang Lynas ini bukan atas sebab alasan kesihatan atau alam sekitar.Sebaliknya ia berkenaan dengan ekonomi negara asal kaum yang paling kuat menentang projek pembinaan Lynas ini.anda tau kan kaum mana ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sumber : Badut Rakyat

Ahad, 25 November 2012

WAJIB TONTON!! @Khairykj Sifatkan Gaza 'Penjara' Terbesar di Dunia.


WAJIB TONTON!! @Khairykj Sifatkan Gaza 'Penjara' Terbesar di Dunia.





Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia susulan tindakan Israel menyekat bekalan bantuan kemanusiaan di pintu sempadan negara itu.

"Walaupun mereka (Israel) telah mengumumkan pintu sempadan telah dibuka tetapi laluan ke tebing barat tetap disekat. Mereka (sukarelawan) tidak dibenarkan menghantar bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan", katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Tabung Save Gaza Aman Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

 Beliau menegaskan,  genjatan senjata pada masa ini bukan bermaksud rakyat Palestin sudah pun tamat daripada serangan Isreal pada masa akan datang.

"Kita bersyukur buat masa ini perjanjian itu telah menamatkan serangan daripada tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang ada di Gaza dan kita bersyukur kerana setiap hari bilangan mayat yang kita lihat di kaca tv kebanyakannya dari rakyat Palestin akan dapat dihentikan dengan genjatan senjata yang telah diumumkan.

"Tetapi jangan salah faham, genjatan senjata yang telah diperolehi pada hari ini bukan satu isyarat bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin sudah pun tamat yang mana ia hanya menghentikan sementara sahaja", ujarnya.

Menurutnya, penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tidak akan pernah selesai sekiranya Amarika Syarikat terus mengambil sikap berat sebelah.

"Kita bukan sahaja kecam tindakan Isreal tetapi di sini atas nama Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak supaya Amerika Syarikat tidak lagi mengambil pendirian berat sebelah.

"Kita harap mereka (rakyat Palestin) mendengar suara kecil yang mengingatkan mereka bahawa mereka tidak kesorangan dan mereka mempunyai sokongan di seluruh dunia termasuk di Malaysia", katanya.

Pada Majlis berkenaan, hadirin turut menunaikan Solat Hajat bagi meminta genjatan senjata dihentikan serta merta di Bumi Palestin.



Sumber KLPOS

Sabtu, 24 November 2012

SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'


SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'


Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor
SHAH ALAM - Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr meminta negara terbabit membantu memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, tindakan mencari pengaruh luar bukan kali pertama dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.
“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian, malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya,” katanya dipetik Umno Online, hari ini.
Carr dipetik berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.
Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.
“Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan,” kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Awal tahun ini, kata laman itu, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.
“Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.
“Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di beberapa negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu,” katanya lagi.
Ujarnya, jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin.
“Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya Umno sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat," katanya.
Malah tambah beliau, "mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu."
Tambah beliau, apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN-Umno.
“Macam mana BN-Umno mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan kenyataan Anwar berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media arus perdana yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara,” bidasnya.
“Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan,” tegasnya.
Sumber : Sinar Harian

Jumaat, 23 November 2012

PANAS TERIK!! Pecat Anggota : Tiada Tolak Ansur Dengan Pengkhianat - @Khairykj


PANAS TERIK!! Pecat Anggota : Tiada Tolak Ansur Dengan Pengkhianat - @Khairykj
alt
KUALA LUMPUR, 23 Nov - Pemecatan dua anggota Umno Bahagian Semporna, Sabah semalm kerana bersalah mensabotaj parti, memberi isyarat jelas kepada semua anggota bahawa pucuk pimpinan parti sama sekali tidak akan bertolak-ansur dengan perbuatan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan tegas menyatakan bahawa tiada ruang untuk mana-mana anggota yang tidak setia dan mensabotaj parti.

"Ini adalah isyarat kepada anggota kita menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Jika didapati bahawa ahli kita terbukti mensabotaj parti atau telah menyokong parti pembangkang dan tidak menyokong calon Umno atau tidak menyokong dasar Umno dan Barisan Nasional (BN) atau menentang kita kami tidak akan teragak-agak untuk melucutkan keahlian mereka," katanya sewaktu ditanya wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Terdahulu, beliau melancarkan Tabung 'Save Gaza Aman Malaysia' anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia dan Pemuda BN yang bertujuan mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak seminggu lepas.

Khairy diminta mengulas pemecatan Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah serta Haji Nisfu Haji Palah yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata mana-mana anggota yang mensabotaj parti kerana kepentingan tertentu juga perlu diberi pengajaran sewajarnya kerana ia boleh merosakkan parti.

Mengulas mengenai gencatan senjata Israel-Palestin yang bermula 3 pagi ini waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi, beliau berharap perjanjian itu menjadi permulaan baik untuk mencari kedamaian jangka panjang di negara Asia Barat itu.
Sumber : KLPos
Psssttt.. AKjr nk ingatkanlah kepada semua ahli UMNO di semua peringkat supaya bersatulah, rapatkan barisan, Setia la kepada parti demi kita mempertahankan kuasa Politik kita di Malaysia ini.. Pepatah melayu ada menyebut " BUANGLAH YG KERUH, AMBILLAH YG JERNIH.." 

WAJIB TONTON!! Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa ‘KO’, Jahanamkan Orang Lain: Ustaz Farid Ravi


WAJIB TONTON!! Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa ‘KO’, Jahanamkan Orang Lain: Ustaz Farid Ravi



“Nabi tidak pernah mengajar kita sebagai umatnya bersikap kurang ajar dengan Allah SWT, apatah lagi ketika berdoa untuk memohon sesuatu,”.
Susulan tindakan ‘Ilmuan Agama’ Pas yang mendoakan kejatuhan sesama umat Islam selain menggunakan bahasa-bahasa kasar ketika berdoa dilihat sebagai sesuatu yang sangat dahsyat oleh beberapa penceramah bebas.
Bagi mengetahui sendiri apakah relevannya tindakan pemimpin serta penyokong Pas sama ada dari segi hokum mahupun akidah sebagai umat Islam, PerakToday.com telah menemuramah seorang Ilmuan Agama yang juga penceramah bebas iaitu Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Ketika beliau menonton video rakaman doa selepas solat sunat oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat yang berdoa agar UMNO atau BN dijahanamkan, ia ternyata menimbulkan reaksi terkejut kepada penceramah bebas itu.
Lantas, Ustaz Farid memberitahu sebagai umat Islam, seseorang itu sepatutnya sedar bahawa mereka adalah hamba kepada Allah SWT.
Justeru, apabila seseorang itu berdoa yakni ingin memohon bantuan, meminta sesuatu atau merayu kepada tuhan maka ia perlulah dilakukan dengan bahasa-bahasa yang indah.
“Segala permintaan hamba dipanjatkan melalui doa dan doa kalau dalam Bahasa Arab maksudnya meminta, memohon dan boleh juga difahami dengan merayu.
“Mengenai doa, Allah SWT berfirman:
‘Serulah Tuhan kamu. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan penuh rendah diri dan juga penuh pengharapan dan takut.’
“Maksudnya Al Quran memberi kita satu persepsi bagi setiap orang yang berdoa mestilah dengan konsep ia dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan penuh perasaan takut.
“Sebagai pelengkap ia memberi kita satu konsep yang cukup jelas mengenai doa iaitu sebagai umat kita meminta kepad Allah SWT dengan suara yang rendah, dengan perasaan yang takut, penuh pengharapan dan permintaan kita itu mestilah terbit daripada hati yang ikhlas dan jujur hanya kerana Allah dan bukan dengan niat untuk menghancurkan orang lain,” katanya lagi.
Menurut Ustaz Farid, apabila beliau melihat kepada senario yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam yang berdiri di bawah sebuah parti politik serta memperjuangkan Islam, maka tindakan seperti menjerit atau meninggikan suara ketika berdoa ternyata menunjukkan golongan berkenaan telah melakukan satu perbuatan yang berdosa.
Apa yang lebih mengecewakan beliau, sudahlah doa itu dilakukan seperti terjerit-jerit malah boleh pula golongan yang berpayungkan sebuah parti Islam mendoakan kehancuran sesama umat Islam.
“Dengan bahasa yang saya boleh anggap sebagai bahasa yang agak kurang ajar dengan Tuhan. Nabi tidak pernah ajar kita berbahasa kurang ajar dengan Tuhan dan siapa kita untuk mengangkat suara tak tentu pasal dengan menjerit-jerit dengan Tuhan.
“Bukankah Allah SWT sentiasa hampir dengan hambanya jadi mintalah dengan bahasa dan suara yang baik dan permohonan itu mestilah permohonan yang baik-baik.
“Dalam Al Quran sendiri ada menyebut supaya gunakanlah bahasa-bahasa yang indah dan lembut ketika berdoa. Malah Nabi pun tidak pernah mengajar umatnya begitu,” terangnya lagi.
Ustaz Farid menambah, beliau tidak menyangka umat Islam di negara ini semakin terkeluar dari landasan Islam semata-mata kerana fahaman politik.
Sumber : PERAK Today
Psssttt... AKjr Setuju bebenor dgn Ust. Ravi, walaupun beliau muallaf tetapi sikap beliau yg betul2 memahami Islam.. Sepatutnya Nik Aziz KENA BELAJAR balik la ngan Ust. Ravi atau mana2 Ust... Title Tok guru yg ada pada Nik Aziz tu WAJIB Ditarik balik...

Relevankan Pas dalam realiti baru? DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


MESTI BACA!! Relevankan PAS dalam realiti baru?? - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu.

Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.

Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.

Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Berubah

Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan.  Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
Baca Seterusnya Klik Sini

INFO @AKjr : BN Youth Job Fair 2012 Terima 100 Ribu Permohonan Kerja.


INFO @AKjr : BN Youth Job Fair 2012 Terima 100 Ribu Permohonan Kerja.
alt

KUALA LUMPUR, - Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2012 (BN Youth Job Fair 2012) yang bermula sejak Jumaat lalu mencapai sasaran yang memberansangkan dengan  mencecah hampir 100 ribu permohonan kerja.

Menurut Pengerusi BN Youth Job Fair 2012, Nazir Hussin B. Akhtar Husin,  kesemua pengunjung menggunakan peluang sepenuhnya bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik menerusi Karnival ini.

"Setakat semalam, (Sabtu) seramai 40,334 orang pengunjung direkodkan dan seramai 22,556 pencari kerja telah berdaftar di dalam sistem kami. Dua hari penganjuran karnival itu (Jumaat dan Sabtu), para majikan melaporkan telah menerima sebanyak 46,730 borang permohonan kerja," katanya kepada pemberita ketika meninjau Karnival berkenaan di sini hari ini.
 
alt

Nazir yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda menjelaskan, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin yang gembira dengan sambutan pada tahun ini mahu penganjuran Karnival diperluaskan ke peringkat negeri-negeri selain Kuala Lumpur.

"Semalam YB Khairy beritahu saya untuk diadakan karnival ini di Pantai Timur. Insyallah, kita akan anjurkanBN Youth Job Fair pada bulan Januari dan Febuari depan di lokasi yang dirancang," ujarnya.

Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Dewan Tun Abdul Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

alt

Sebanyak 40 ribu peluang pekerjaan dan 5 ribu peluang latihan ditawarkan daripada 240 majikan, khusus buat golongan yang sedang mencari pekerjaan terutamanya golongan muda.

Bagi pihak yang tidak berkesempatan berkunjung di BN Youth Job Fair 2012, pihak penganjur telah menawarkan perkhidmatan secara online bagi mendapatkan sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berhubung Karnival tersebut.

Laman portal berkenaan boleh dilayari menerusi
  www.bnyouthjobfair.my

Psssttt... AKjr : Tahniah diucapkan kepada Pemuda BN yg telah berjaya menganjurkan Karnival ini yg tentunya telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.. 
Kepada Puak2 PR AKjr nk gtau ni.. BN ADA, KAU ADA???