SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 31 Ogos 2012


ABBY ABADI PAS BUAT HAL MEMALUKAN!!


Artis PAS bernama Abby Abidi buat hal sekali lagi. Kali ini sungguh memalukan kerana menegur Ustaz Asri.

Ianya bermula dengan tweet Ustaz Asri di bawah :


Kemudian, tweet yang sangat jelas dan mudah difahami oleh kita semua itu telah 'diusik' oleh artis PAS itu. Malangnya, kenyataan beliau itu kurang bijak dan menimbul persoalan tentang tahap intelek dan ilmu artis itu.

Lihat di bawah :




Untuk bacaan seterusnya : KLIK SINI

Tindakan kurang cerdik artis PAS itu telah mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak termasuk warga seni dan politik. Sungguh memalukan!

MiM syorkan kepada pihak PAS supaya menegur Abby Abadi kerana tindakan beliau itu memburukkan imej parti PAS yang sudah pun tercalar hebat dek isu hudud dan DAP.


Khamis, 30 Ogos 2012


Siapa Hantu Pengacau Keamanan Ambang #Merdeka55 #JanjiBersih


Selama 54 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan dalam keadaan aman dan tenteram. Namun situasinya mungkin sedikit berbeza untuk sambutan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia malam ini. Mana kan tidak, ada pulak sekumpulan monyet² yang begitu megah sekali membuat perhimpunan yang kononnya AMAN dan BERSIH pada malam ambang Merdeka ini. 

Mungkin kerana tidak puas hati dengan BERSIH 3.0 yang telah GAGAL dan sungguh memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.  

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.  Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan.  Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais.  Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.

Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.  

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji?  Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai.   Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT.    Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa 'memberontak' adalah hobinya.  Jadi, elok beliau diabaikan saja.

Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut?   Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara.  Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis.  Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.

Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya.  Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.  

BAGAIMANAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA DICIPTA??


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

Kenapa kita WAJIB tolak HUKUM HUDUD PAS?!! @NajibRazak @NikAbdulAziz


 

Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri "menolak" hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
 
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
 
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
 
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.
 
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
 
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
 
4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
 
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
 
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
 
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
 
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
 
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. 
 
Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.
 
Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
 
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
 
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
 
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
 
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
 
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
 
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
 
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
 
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
 
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
 
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (maslahat umum)”.
 
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
 
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
 
Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
 
Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
 
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
 
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
 
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
 
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
 
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
 
 
 
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
 
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
 
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
 
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
 
6. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
 
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
 
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
 
 
 
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
 
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
 
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
 
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.
 
Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
 
Jadi, kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
 
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
 
Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.
 
Diubahsuai daripada MyKMU.net
 
* Hudud bermaksud HAD atau Hukum. Jadi perkataan Hududullah bermaksud had-had yang ditetapkan Allah SWT atau Hukum Allah SWT. Hukum Allah SWT adalah bersifat sejagat yakni WAJIB dilaksanakan ke atas semua manusia! PAS pula membawa HUKUM HUDUD yang membawa maksud HUKUM-HUKUM dan hanya akan dilaksanakan ke atas orang Islam. Jadi, kenapa perlu kita sibuk memperjuangkan HUKUM-HUKUM yang bersifat berat sebelah berbanding HUKUM ALLAH yang MAHA ADIL?!! 

DAH TIBA MASANYA HARON DIN KELUAR DARI PAS !


haron din dah keluarkan kenyataan dalam utusan mempertahankan
ustaz nasarudin.

aku berkeyakinan nik ajis akan membalun haron din sedikit masa lagi. 

haron din pertahankan nasarudin.
nasarudin memang dikenali dikalangan orang pas sebagai manusia 
paling dibenci oleh nik ajis.

tak percaya ?

ingat lagi kes nik  ajis gelarkan nasarudin sebagai SAMPAH pasal bercakap
bab perpaduan.

aku bukan nak cakap bab nasa, tapi kenyataan ikhlas kepada haron din.

jelas dalam pas haron din tak mampu nak perbetulkan keadaan pas yang semakin merosak.

jelas dalam pas haron din tak mampu menyelamatkan akidah penyokong 
pas kerana bersetuju dengan penggadaian kalimah ALLAH yang dilakukan oleh pas.

jelas dalam pas haron din tak mampu mempertahankan tindakan 
hasan ali dalam meyelamatkan akidah 12 orang islam dalam kes DUMC.

antara pangkat dan kemenangan akidah, mana haron din perlu pilih ?
antara parti atau meyelematkan akidah ribuan ahli pas mana haron din pilih ?

haron din eloklah keluar parti pas.
dalam al quran takde cakap keluar pas itu tandanya keluar islam.

elok haron din kembali jadi ulamak neutral, boleh tegur pas dan umno jugak.

16 januari 2010 haron din keluarkan kenyataan siapa yang menyokong 
kalimah ALLAH digunakan oleh bukan islam maka dia akan jatuh kufur.

jelas berbondong ribuan ahli pas terus menyokong persetujuan penggadaian 
yang dipersetujui pas.

dah tiba masanya haron din keluar dan bercakap benar.
keluarlah dari pas.
perbetulkan semula akidah senget ribuan ahli pas.

kalau tak boleh perbetulkan akidah penyokong pas dari dalam parti, 
buat apa haron din tunggu lagi ?

SELAMATKAN AKIDAH PENYOKONG PAS LEBIH MULIA 
DARIPADA SELAMATKAN PARTI PAS YANG DAH SEMAKIN KARAM !

Nak menang Proton Preve , jom tweet #Merdeka55 #TwtMerdeka @NajibRazak




KUALA LUMPUR - Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini.  

Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.

 Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.

 Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).

 Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.


 Layari laman rasmi 'Tweet #Merdeka55' di http://twtupmerdeka.blogspot.com atau ikuti laman twitter mereka @twtupMerdeka untuk sebarang keterangan lanjut.

Rabu, 29 Ogos 2012


TUN M - SAYA TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM !!!




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya. -UM

PESANAN PADA PENTAKSUB PARTI AJARAN SESAT...



Dalam isu Mengkaji Semula Perkataan "ISLAM" Pada Nama PAS,nampaknya sudah tidak releven lagi kerana jelas sekali PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP semuanya terburai setelah karpal singh menjelaskan tentang isu hudud dan negara Islam yang dilaug2 selama ini rupanya hanya mainan politik belaka

Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” disini AKjr ingin

menggesa ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.kerana perjuangan mereka sebenarnya bukan memartabatkan Islam tetapi menghancurkan Islam sebenarnya

Gunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat salahlaku PAS yg telah menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi"ingatlah apabila nasi dah menjadi bubur penyesalan tiada berguna lagi sedarlah bangsaku marilah kita bersatu supaya Islam kekal jadi perjuangan kita,hanya UMNO saja yg mampu merealisasikan perjuangan berlandaskan Islam,bangsa dan negara

Pada pentaksub pas tu kalo ko nak hack blog AKjr ni hack la yer haaahaaa nampak sangat cai2 PAS ni goyang ngan AKjr walau pun dapat dipulihkan akaun ni cerita tiga bulan lepas semua hilang tapi takkan mematahkn perjuangan AKTIVISKEPAYANGjr ITU JANJI DARI  DULU, KINI, SELAMANYA....

GEMPAR TAHAP VAVI! PEMIMPIN PKR MANAKAH YANG TELAH MEROGOL ANAK SENDIRI HINGGA BUNTING?

Sejak dari semalam di Pahang agak kecoh kerana pihak polis telah menangkap seorang pemimpin PKR yang telah merogol anak dia sendiri hingga bunting dan beranak la!

Aku masih ternanti-nanti siapakah gerangannya yang telah melakukan sedemikian. Dasyat la pemimpin PKR ni kan? Dari kepala sampai ke balaci semua kaki lendir.

Yang si bos balun belakang dan china doll dan lain-lain. Pemimpin-pemimpin PKR lain jangan cerita lah, kini mereka dah lebih maju dengan menambah koleksi lendir versi sumbang Mahram pulak.

Wahai rakyat Malaysia, sementara menantikan siapakah pemimpin PKR ni, apa kata korang fikirkan sejenak, jenis manusia macam ni ke kita nak jadikan mereka pemimpin?

Tidak takutkah kita kepada kemurkaan Allah apabila memilih pemimpin macam ni? 

Selasa, 28 Ogos 2012


AWAS!! JANGAN TAKSUB PADA PAS HUUUHUUU


Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun. 


Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS. 


Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu. 


Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS. 

Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga. 

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud. 

Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama. 

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya. 

Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam.
 



KUALA LUMPUR 30 Julai - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.


Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan baha

wa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA

ILMU - JELAJAH HUDUD SELURUH MALAYSIA



Satu usaha murni yang pendekar lihat amat kena pada masanya dimana isu ini amat popular dimainkan oleh pro pembangkang dan pro BN pada masa kini,jadi marilah kita sama2 jayakan dan menyokong usaha Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan prog
ram jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan.

Kita wajib menolak kepentingan politik demi menegakkan syiar Islam di Malaysia dengan penerangan tersebut moga2 dgn kefahaman yg disampaikan pada pihak yg berkenaan terutama MCA, MIC, GERAKAN dan DAP dapat menerima dan menyokong kita melaksana kan hukum hudud yg kita sama2 inginkan


Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.

“Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.

“Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar,” katanya.

Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.

Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.

Siaran akhbar Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2012, m/s 4


SILA LAWAT UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI;- ILMUAN MALAYSIA.COM ATAU DI Link: http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/08/24/ilmu-jelajah-hudud-seluruh-malaysia/

Isnin, 27 Ogos 2012


Zahid Hamidi: 85 peratus manifesto Pakatan tidak ditunai

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
JOHOR BAHRU - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pakatan pembangkang masih gagal melunaskan 85 peratus janji seperti dalam manifesto yang dicanangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Beliau berkata, berdasarkan kepada kajian yang dibuat, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

“Yang mutakhir, kerajaan PR sebelum ini menjanjikan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu tetapi gagal ditunaikan sehingga rakyat bangkit menuntut janji itu.

“Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya. Macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Pulai, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus di dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mengandaikan perkara itu akan dibawa kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kerjasama di antara tiga parti dalam PR ibarat 'perkahwinan mutaah' yang bersifat sementara.

Tegasnya, PKR, DAP dan Pas hanya memerlukan antara satu sama lain pada musim pilihan raya dan berkeyakinan kerjasama seperti itu tidak akan bertahan lama kerana mereka mempunyai agenda berbeza.

“Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana kerana mereka sedar PKR dan Pas tidak mempunyai tapak yang kukuh di sana, selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

“Adalah lebih baik, PKR dan Pas meninggalkan DAP dan menjadi entiti tunggal kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya,” katanya.

Keluarga Tun Ghafar kecewa kenyataan Mat Sabu

Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.

Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.


MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak  relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.

PANAS BERAPI! HANYA MELAYU ANAK HARAM JE SERTAI DAP!

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri.

Kata Tunku Abdul Aziz, beliau juga tidak percaya rakyat sanggup menganggap Guan Eng seperti ‘tokong’ melainkan di kalangan penyokong fanatik beliau sahaja.

“Ketika pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk bercakap dengan saya.

‘Beliau merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga terpaksa menggunakan ‘budak suruhan’,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menafikan menggunakan perkataan ‘sombong dan angkuh’ terhadap Guan Eng.

- UTUSAN MALAYSIA

AKjr : Wei PAS cibai, masih tak nampak lagi ka?  

Ahad, 26 Ogos 2012


I AM BACK! APAKAH BENAR PAS SUDAH MAKAN NASI KANGKANG DAP?

PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu. Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi. Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.
Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004. Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.
Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.
Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.
Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.
Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!! Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.
Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam. Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini. BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.
Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2. Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal. Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah. Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.
Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, "Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa".
Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi. Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari 'murtad', apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.
Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini. Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?
Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN. Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain, syaitan tapi BN.
Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah. Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya. Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.
Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan. Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS. Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir.
Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.
Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.