SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 30 Julai 2012


FILEM TANDA PUTERA: FAKTA YANG 

MERAGUKAN ATAU DAP YANG 

SEBENARNYA KETAKUTAN KERANA 

TEMBERANG LAMA TERDEDAH?


Filem TANDA PUTERA yang masih belum ditayangkan telah menerima tentangan yang luar biasa daripada penyokong DAP sehinggakan dua orang pelakon berbangsa Cina yang turut berlakon dalam filem tersebut menerima kecaman yang hebat daripada orang sebangsanya. (BACA DI SINI)

Apa sebabnya?

Filem itu juga menimbulkan kontroversi baru apabila dilaporkan pihak berkuasa ke atas penayangan filem-filem di Malaysia memilih untuk menunda-nunda dan cuba menghalang filem berkenaan daripada ditayangkan kepada umum.

Apa sebabnya?

Apakah impak sebenar filem berkenaan kepada rakyat dan penduduk Malaysia sehingga ianya amat ditakuti oleh banyak pihak?

Belum pun apa-apa, Lim Kit Siang telah pun cuva untuk memberikan gambaran yang filem berkenaan adalah berkisar tentang penipuan 13 Mei. Belum pun apa-apa, Lim Kit Siang telah memberitahu yang dia tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Dan belum pun filem berkenaan ditayangkan, DAP telah memberi gamvaran bahawa filem berkenaan akan merosakkan perpaduan di negara ini.

Mengapa?

Banyak sejarah 13 Mei yang sehingga ke hari ini menjadi rahsia besar dan sukar untuk diungkapkan. Apa yang terdapat dalam laporan MAGERAN tentang peristiwa berdarah tersebut, masih belum diketahui sehingga ke hari ini. Kebanyakan penggiat seni juga seboleh mungkin cuba untuk mengelakkan daripada memperkatakan tentang 13 Mei 1969. DAP terutamanya seboleh-boleh mungkin cuba untuk menggelapkan sejarah berkenaan dengan pelbagai dakwaan dan pelbagai ancaman.

Mengapa itu berlaku?

Terlalu banyak sebenarnya yang terus menjadi MISTERI sehingga ke hari ini. Rakyat Malaysia terutamanya golongan muda tidak pernah diungkapkan kisah Mak Minah Potpet yang pernah berlakon bersama-sama P.Ramlee dalam beberapa buah filem Hulu Kelang yang mati terbunuh pada hari tragedi berdarah itu. Kita juga bagaikan dilarang daripada mengetahui kisah Encik Kassim, seorang pekerja UMNO yang dibunuh di tepi jalan di Pulau Pinang dan mayatnya disimbah dengan cat merah. Kita tidak pernah diberitahu bagaimana ada Cina yang dikenal pasti sebagai kepala komunis yang menjadi perancang perarakan melibatkan anggota-anggota DAP sebagaimana yang berlaku kemudiannya dalam BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 terutama selepas Akta ISA ditarik balik.

Dan yang menariknya kita seringkali diberitahu bahawa peristiwa itu adalah sejarah silam dan tidak perlu dikenang atau diperkatakan kembali sedangkan perjalanan beberapa peristiwa masa kini, terlalu condong dan sangat mirip dengan modus operandi pihak yang diperkatakan dalam filem berkenaan.

Apakah kesemua rahsia dan perkara yang cuba diselindungkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia itu yang diungkapkan oleh TANDA PUTERA sehinggakan DAP begitu meloncat dan Lim Kit Siang secara peribadi enggan mengakui yang dia pernah mengencingkan bendera Malaysia dan Selangor?

Siapa sebenarnya yang rasis kerana berdasarkan kepada komen-komen yang tersiar menunjukkan ada satu bangsa yang tidak mahu kisah berkenaan dikisahkan. Mereka lebih senang melihat tragedi tersebut disenyapkan. Setiap peristiea yang berkaitan dengan tragedi berkenaan akan dikatakan sebagai putar belit sejarah sekalipun mereka tidak pernah menafikan bahawa punca sebenar tragedi tersebut adalah kempen pilihanraya 1969 yang penuh dengan kebencian kaum termasuklah pertikaian tentang hak istimewa orang Melayu-Bumiputera, Islam dan perkara-perkara melibatkan perlembagaan. Mereka cepat-cepat mengalihkan isu apabila dibuktikan bahawa kempen berdarah itu sebenarnya didalangi oleh komunis yang berada di dalam DAP sehinggakan dua orang pegawai polis dibunuh dengan salah seorangnya berbangsa India dan ditembak sebanyak 18 das.

Bahkan mereka sama sekali tidak pernah bercerita bagaimana DAP hampir diharamkan oleh kerajaan Malaysia kalau bukan kerana desakan antarabangsa terutama sekali dari blok sosialis dan Malaysia yang masih muda pada waktu itu, selain banyak bergantung kepada negara luar termasuklah makanan, terpaksa akur dan membenarkan DAP wujud. Para pemimpin DAP 1969 seperti Lim Kit Siang dan Chen Man Hin, juga tidak pernah bercerita tentang akujanji mereka kepada kerajaan Malaysia bagi mengelakkan DAP diharamkan ekoran tragedi berdarah itu.

Apakah kerana faktor-faktor itulah yang membuatkan DAP segera menggunakan isu perkauman sedangkan pada 1969, lebih ramai orang Cina yang tidak berpihak kepada DAP? Dan keadaan ini kembali berulang sekarang dengan DAP menggantikan Cina dengan istilah RAKYAT walaupun sebenarnya DAP tidak mewakili keseluruhan rakyat?

Kalau benar filem berkenaan tidak mengisahkan perkara sebenar terutama sekali membabitkan pimpinan tertinggi negara pada waktu itu yang mengenepikan tindakan populis bagi memastikan negara dan rakyat negara ini kacau bilau dan saling berbunuhan sehingga sekarang, mengapa DAP dan konco-konco mereka terlalu takut?

Setiap negara ada sejarah hitamnya... Amerika Syarikat yang sangat gah dengan demokrasi dan cuba menonjolkan diri dengan hak asasi manusia, tidak pernah menghalang bagaimana sejarah negara tersebut mencatatkan bahawa bangsa kulit hitam di negara itu asalnya adalah hamba abdi yang boleh dijual beli dan dipaksa untuk bekerja di ladang-ladang kapas, sekaligus menjadi asas kepada ekonomi negara berkenaan. Begitu juga pembunuhan kaum wanita dan kanak-kanak hanya kerana mereka disyaki sebagai ahli sihir pada1692 yang berakhir di Salem, Massachussets.

Dan kesemua itu digambarkan dan diterangkan menerusi filem.

Anehnya di Malaysia, pihak berkuasa memilih untuk menutup dan meminda sejarah sebenar dengan bantuan golongan yang memang terlibat dengan tragedi berkenaan, sepertimana pembunuhan anggota-anggota komunis oleh pejuang-pejuang Melayu berparang panjang dengan label, Melayu-Melayu berkenaan adalah rasis.

Kita tidak ada sebuah filem pun yang berani memperkatakan perkara sebenar di Malaysia. Kalau adapun hanyalah 'Bukit Kepong' tetapi pindaan juga telah dibuat untuk mengelakkan apa yang dikatakan sebagai PERKAUMAN.

Justeru, melihat kepada terlompat-lompatnya DAP dan cybertrooper yang bukan main hebat lagi mengecam sejarah yang cuba mereka gelapkan ekoran pembabitan DAP dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969, seharusnya TANDA PUTERA perlu disegera tayangannya.

Apa lagi yang hendak dinafikan... sememangnya DAP dan GERAKAN pada waktu itu yang berarak dan memulakan kekecohan dan seterusnya rusuhan. Dah memang fakta, Melayu dipanggil CIBAI, BALIK KAMPUNG, KUALA LUMPUR CINA PUNYA, SAPU MELAYU dan sebagainya. Dah memang fakta, anggota polis Melayu diterajang, ditumbuk dan ditempeleng oleh para pengikut DAP ekoran cubaan penguatkuasaan agar gambar seorang lelaki Cina yang meninggal dunia ditanggalkan daripada dipelekat ke dinding-dinding di Kepong.

Dan sememangnya fakta yang paling besar ialah, wujudnya campurtangan Parti Buruh yang diserapi Parti Sosialis dan Parti Komunis Malaya sehingga kemuidannya mendorong kepada pembunuhan Ketua Polis Negara dan seorang Ketua Polis Daerah.

Begitu juga kematian Encik Kassim di Pulau Pinang yang dibunuh oleh pengikut DAP dan mayatnya kemudian disimbah cat merah!

Justeru, apa yang ditakutkan? Fakta-fakta pada tahun 1969 itu sudah pun berulang kembali pada tahun 2008-2012. Nak sembunyikan apa lagi?

Majlis berbuka puasa MB Perak terima pujian PM..

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima pujian daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) apabila memutuskan untuk mengadakan majlis berbuka puasa dikediaman rasminya sekaligus merakyatkan majlis itu.

Katanya, Dr Zambry telah menepati panduan KPI bahawa majlis berbuka puasa itu mesti dirakyatkan dan ternyata kehadiran tetamu mencecah kira-kira 5,000 orang pada Jumaat lalu.

"Dalam perjalanan saya bagi majlis berbuka puasa ini, DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memberitahu saya bahawa KPI bagi MB tidak boleh kurang daripada 5,000 hadirin.

"Nampaknya saya boleh maklumkan bahwa Dr Zambry telah dapat memenuhi KPI ,’’ katanya yang disambut tepukan kira-kira 5,000 tetamu pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Menteri Besar Perak tersebut.

Hadir sama di majlis itu Datin Seri Rosmah Mansur, Menteri Besar perak Dr Zambry Abd Kadir dan pemimpin-pemimpin komponen BN termasuk Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek. - PerakNews 

Lajim Ukin Akui Anwar Ibrahim Pelaku Video Seks, Homoseksual, Bapak Rasuah.


Lajim Ukin Sendiri Akui Anwar Ibrahim Pelaku Video Seks

Datuk Seri Lajim Ukin kelmarin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Dan beliau juga menyatakan sedia berkerjasama dengan pihak pakatan pembangkang terutama Anwar Ibrahim.

Malah semalam beliau Lajim Ukin menyambut ketibaan Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Pembangkang di lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah. Sambutan dari seorang yang Gomo kenal pada PRN Sarawak yang lalu.

Gomo tidak mahu mengulas mengenai perletakkan jawatan ataupun apa apa pekara mengenai jawatan Lajim Ukim dalam UMNO ataupun jawatan beliau dalam barisan kabinet. Apa yang Gomo nak ulas disini adalah pengalaman Gomo bersama beliau Lajim Ukin di Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lalu.

Gomo turun membantu Barisan Nasional pada PRN Sarawak lalu dan pada waktu inilah Gomo diperkenalkan oleh rakan blogger Rafi Awang Kecik kepada Lajim Ukin dilobi Hotel Pull Man Kuching. Turut sama dengan Gomo waktu itu adalah rakan blogger Gerakan ANti PKR dan juga Pisau.Net.


Video Seks Anwar Tersebar Seluruh Negara

Waktu itu kecoh mengenai video Seks Anwar Ibrahim dan semua orang tahu bahawa Papa Gomo dan Gerakan Anti PKR yang mula mula menyebarkan video tersebut. Mungkin atas faktor tersebut Lajim Ukin berminat untuk berjumpa Gomo dan GAP dan pertemuan tersebut diatur oleh Rafi Awang Kecik.

Kami duduk santai biasa biasa sahaja dan hanya tertumpu mengenai masaalah moral Anwar Ibrahim. Antara Gomo, GAP, Pisau dan juga Rafi Awang Kecik. Lajim Ukin lah paling banyak sekali mendedahkan masaalah moral Anwar Ibrahim. Dari masaalah moral sampailah kepada masaalah Rasuah, Keronisme yang dilakukan Anwar Ibrahim dijelaskan oleh Lajim Ukin.

Lajim Ukin sendiri mengesahkan bahawa Anwar Ibrahimlah perosak UMNO dan memang tepat tindakan Tun Mahathir memcat Anwar Ibrahim. Malah Lajim Ukin juga mengakui betapa rakusnya Anwar Ibrahim sehingga meluluskan perjudian di negeri Sabah sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendek kata pertemuan kami itu memberikan banyak manfaat buat Gomo, GAP dan Pisau dalam mengetahui lebih mendalam sikap syaitan bernama Anwar Ibrahim ini.

Selang sejam kami berbicara mengenai Anwar Ibrahim, Lajim Ukin bertanyakan mengenai video seks Anwar Ibrahim dan China Doll. Dan Gomo yang merupakan Blogger yang telah menyaksikan rakaman tersebut memberikan Tab Galaxy Gomo kepada Lajim Ukin untuk beliau tonton video tersebut.


Reaksi Lajim Ukim yang pertama sekali apabila melihat kelibat lelaki dalam video tersebut yang Gomo masih ingat sampai kehari ini:

"Sah memang Anwar ini."


Itulah kata kata Lajim Ukin apabila melihat video seks Anwar Ibrahim dan China Doll. Lajim Ukin melihat video tersebut sampai habis dan dalam beliau menyaksikan video tersebut mulut beliau tidak henti henti berbicara soal Anwar Ibrahim yang tidak berahlak dan tidak bermoral apatahlagi untuk menjadi pemimin rakyat Malaysia.

Selesai menonton video Seks Anwar Ibrahim dan China Doll beliau Lajim Ukin meminta video tersebut untuk dimuat naik kedalam Tab Galaxy beliau. Rakan blogger Pisau.Net kemudiannya mengambil Tab Gomo untuk dibluetooh kepada Tab Lajim Ukin dan Gomo serta rakan lain masih ingat apabila selesai video Seks Anwar Ibrahim didownload beliau menyatakan:

"Saya nak kasi orang saya semua tengok siapa Anwar Ibrahim ini"


Itulah pertemuan pertama Gomo dan Lajim Ukin dan sesiapa sekalipun boleh bertanyakan kepada Lajim Ukin mengenai pekara ini dan Video Seks Anwar Ibrahim yang Gomo berikan kepada beliau.

Tetapi hari ini beliau Lajim Ukim MENJILAT balik kata katanya keatas Anwar Ibrahim. Beliau Lajim Ukim sanggup berkiblatkan Anwar Ibrahim semata mata kerana kuasa yang beliau inginkan iaitu Jawatan Ketua Menteri Sabah. Sunggup tak bermoral dan tidak berperinsip Lajim Ukin. Sungguh jelek perbuatannya waktu ini.


Inilah politik yang Gomo benci, politik Hipokrit yang sememangnya amat kotor untuk dicontohi rakyat Malaysia. Satu politik jijik yang sanggup menjilat semula kata kata yang dihamburkan sebelum ini. Pada Gomo Lajim Ukin tidak ubah seperti bangkai yang sudah berulat dan membusuk sampai ke tulang.

Buat Lajim Ukin, berpolitik lah setakat mana yang anda mampu, namun untuk membohongi diri anda bahawa Anwar Ibrahim tidak layak mentadbir Malaysia adalah pahit sama sekali. Minta anda Lajim Ukin buat kenyataan terbuka apakah Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri?

Semoga rakyat Malaysia sedar bahawa mereka yang berpaksikan Anwar Ibrahim ini bukanlah kerana rakyat tetapi adalah kerana Sikap TAMAK HALOBA dan kerakusan diri dalam mencari kekayaan untuk diri sendiri semata mata.

Psssttt.... Lajim Ukin cakap Anwar Ibrahim bapak Rasuah, sekarang dia pi jilat Bapak Rasuah. Tak ke Binatang tu?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

SEBARKAN! ANAK KECIL INI PERLUKAN BANTUAN UNTUK PEMBEDAHAN!



“Pastinya sesuatu yang amat bermakna bagi saya apabila dapat melihat Aleesya Analia Norhaid menjalani kehidupan yang normal sama seperti kanak-kanak sebayanya yang dapat mendengar dan petah berkata-kata selepas menjalani pembedahan implan koklear yang membabitkan kos berjumlah RM77,000,” demikian tegas Nor Aainy Kamal Bashah, ibu kepada kanak-kanak itu yang semakin buntu kerana tarikh pembedahan yang ditetapkan kian hampir.


Dek kekangan hidup lantaran suami yang tidak bekerja kerana sakit, membiayai kos pembedahan RM77,000 dilihat mustahil baginya yang hanya meraih pendapatan RM1,600 sebulan.

“Mujurlah Ipoh Spealist Hospital (KPJ) menghulurkan sumbangan RM10,000 untuk membiayai sebahagian kos pembedahan yang dijadualkan sekitar Oktober atau November depan.

“Dengan pendapatan sebagai kerani dan suami tidak bekerja kerana sakit , harapan kami sekeluarga untuk melihat Aleesya Analia menjalani pembedahan tampak kabur tanpa sokongan dan bantuan kewangan daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Sehubungan itu, beliau katanya, mengharapkan ada pihak di luar sana sudi menyalurkan sumbangan bagi membantu anak keduanya itu menjalani kehidupan yang lebih ceria di masa akan datang.

Nor Aainy berkata, ketika ini, anak perempuannya itu mendapat rawatan di Klinik Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang disahkan cacat pendengaran sensori neutral di kedua-dua belah telinga.

Read more...

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun CIMB 0803-0061795-52-8 atas nama Nor Aainy Bt Kamal Bashah atau menghubungi talian 017-2720930 untuk maklumat lanjut.

Giliran Diana Amir PERLI Abby Abadi...


 Giliran Diana Amir PERLI Abby Abadi...


“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpin (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana. 



Dari Blog Ahli Parlimen Kota Belud :-
Akhirnya Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima 
Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari 
Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN Sabah merasa "sedih" 
dan "kesal' dengan berita ini tetapi 
secara jujur dan ikhlas, respon yang 
saya dapati dari kalanga ahli-ahli BN 
ketika ini lebih kepada menghembuskan 
nafas kelegaan. Lega kerana satu episod
 lambaian "bye-bye" politik yang terlalu
 lama dan yang penuh dengan babak-babak 
dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.
Dalam Twitter saya berjenaka, "sukan olimpik
baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat
Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"


Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang 
dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang 
dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada
 tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah 
hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan
 sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam 
perjuangan politik mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh 
di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan
 hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan 
populariti tersebut. Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh
 beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi 
kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. 
Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. 
Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan 
dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang 
menjangkakan akan berlaku pergolakan di dalam Pakatan Rakyat Sabah 
dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut
 tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. 
Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan 
untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. 
Tujuannya ialah untuk memastikan  tidak ada tentangan dari dalaman 
bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan 
Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan 
wang ringgit untuk berjuang di dalam Pakatan sejak 1998. Bagaimana perasaan
 mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi 
pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui 
proses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak 
berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada
 telaan itu benar atau tidak.
  

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik 
mengenai UMNO.  Ada yang hairna kenapa UMNO mampu bertahan lebih 
70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar 
bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. 
Maknanya, ahli UMNO mendokong UMNO kerana dasar perjuangannya. 
Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan 
dalam perjuangan mereka dalam UMNO. Berlainan dengan Pakatan rakyat. 
Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan 
mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan 
individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat UMNO diolah sebegitu rupa 
untuk tidak terganggu gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. 
Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai UMNO 
contohnya Supreme Council, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan 
dan sayap-sayap dilihat sebagai redundant atau berlebihan. Tetapi sebenarnya
 itulah yang menjadi kekuatan UMNO kerana jika ada seorang pemimpin 
berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam 
sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu 
sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan 
struktur parti secara keseluruhan masih kekal. Bagi Pakatan, oleh kerana
 kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim 
bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri 
dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengikhtirafan penghormatan kepada 
sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, UMNO bukan parti bermusim. Jentera UMNO sentiasa berada dalam
 kaedah "berjaga-jaga" sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti,
 jentera UMNO didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang 
masa. Tambahan pula pilihanraya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat 
latihan terbaik untuk jentera UMNO. Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini,
 UMNO sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang 
tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau 
Ketua Bahagian UMNO meninggalkan parti, jentera UMNO masih kukuh dan efektif.

Itu beza UMNO dari yang lain.

Nota: Saya akan memberi komen kepada isu-isu dasar yang dibawa oleh Lajim dan 
Bumburing dalam posting yang akan datang.

.

CILI KASI TARUK! KAN AKU DAH KATA LAJIM UKIN MEMANG BANGSAT!


Beberapa hari yang lepas blog ini telah mendedahkan bahawa Lajim Ukin akan keluar dari parti UMNO pada 27 Julai dan benda ni betul-betul terjadi.KLIK SINI

So bila dia keluar baru-baru ini, aku tak heran la sebab aku dah memang tau perancangan dia ni, malah ada sekor lagi MP Tuaran pun join dia keluar dari UMNO! Tapi peliknya walau dah keluar dan nak join si Juburi, Lajim U Kincing ni kata dia serahkan pada PM pasal nasib dia sebagai Timbalan Menteri.

Apa benda ni Ukincing oi? Lu sudah keluar dari UMNO dan join AL Juburi lagi mau jadi Timbalan Menteri ka? Aku suka la 2 sampah ni dah keluar dari UMNO! Memang bagus pun. Toksah risau la, orang Sabah tau 2 MP ni memang tak boleh pakai dan mereka jugat hau bahawa kedua mereka ni mata duitan.

Mari kita baca apa yang ditulis oleh Salleh Said Keruak dibawah ini:



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya

Sabtu, 28 Julai 2012


PAS Tak Laksana Hudud Kerana DAP ?

Dr Mashitah Ibrahim – Nasrudin Hassan Tantawi tetap mengatakan bahawa Karpal Singh sudah berlembut pendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud dan boleh berbincang dengan Pas mengenainya.
Karpal bertegas bahawa ini tidak benar dan pendiriannya tidak berubah sejak dahulu lagi. Siapa bercakap benar dan siapa berbohong? Logiknya tentulah tuan empunya badan (Karpal) lebih mengetahui hati, fikiran dan pendiriannya sendiri.
Apa yang jelas daripada perbalahan Ketua Pemuda Pas dan Pengerusi DAP ialah polemik hukum hudud antara kedua dua parti ini tetap meruncing walaupun sudah berlarutan 20 tahun.
Lebih jelas ialah tuduhan bahawa Umno sebagai punca kerajaan Pas tidak boleh melaksana hukum hudud di Kelantan adalah tidak benar.
Sejak 1993-94, Pas menuduh Kerajaan Persekutuan sebagai penghalang Kanun Jenayah Syariah II yang dalamnya terkandung hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat rupanya masih
trauma dengan kandungan surat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mengancam akan mengambil tindakan jika Pas meneruskan hajat mereka itu.
Tapi itu dua dekad lalu. Tun Dr Mahathir sudah lama bersara dan tidak berkuasa lagi. Apa lagi yang nak ditakutkan? Jika berani kerana ALLAH, kenapa takut kepada manusia?
Hakikat sebenarnya ialah cabaran Pas dalam usaha melaksanakan hudud kerana tentangan kuat dan total DAP, bukan Umno.
Ketika enakmen ini dibawa ke Dun Kelantan pada 1994, kesemua 36 Ahli Dewan yang hadir telah menyokong, termasuk dua Adun Umno iaitu Wan Mohd Najib Wan Mohamed (Limbongan) dan Nordin Salleh (Sg Pinang). Yang tidak mengundi ialah Nik Aziz, sebab berada di hospital.
Baru-baru ini, apabila seorang wakil rakyat Umno mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud memandangkan Kelantan gagal, saya turut menyokong cadangan itu.
Dalam hal ini, pendirian Umno konsisten. Kita menyokong hukum ALLAH. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hindarilah hukum selama kamu masih menemui alasan untuk menghindarinya.”(Riwayat Ibn Majah) Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tolaklah hukum terhadap Muslimin selama kamu boleh maka jika ada jalan keluar lepaskanlah dia, sebagai seorang imam atau hakim itu jika keliru dalam memberikan ampunan, adalah lebih baik daripada keliru menjatuhkan hukuman.” (Riwayat Tarmidzi) Umno berpendirian bahawa rakyat perlu diberi penjelasan dahulu serta cukup kepakaran dan prasarana sebelum melaksanakan hukum ini.
Beberapa prinsip asas ini saya ulas dengan panjang dan boleh ditonton dalam YouTube. Sebaliknya, DAP bermati matian menentang pelaksanaan hudud.
Kenyataan Karpal bahawa Pas kena langkah mayat dia dulu adalah yang paling diingati dan masih dirujuk sehingga ke hari ini.
Karpal pernah minta Yang di-Pertuan Agong guna kuasanya di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat pandangan Mahkamah Agung sama ada Perlembagaan boleh dipinda untuk membolehkan
pelaksanaan undang-undang hudud ke atas bukan Islam.
Lim Kit Siang berpendapat hukum hudud tidak demokratik dan bercanggah dengan hak asasi manusia. Katanya, Pas tidak menghormati hak bukan Islam.
Bangkangan DAP berjaya sehingga Pas tidak berani memasukkan agenda negara Islam dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pembangkang.
Pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya berhati-hati apabila bercakap pasal hudud dan lebih selesa ia tidak dibangkitkan.
Beberapa ilmuwan dan tokoh perundangan Islam juga berpendapat bahawa undangundang hudud yang didrafkan oleh Pas banyak kelemahannya. Tan Sri Ahmad Ibrahim berkata hudud Pas bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan malah dengan pandangan Mazhab Shafie dan Hanafi.
Prof Datuk Dr Mahmud Saedon Awang Othman berkata hukum hudud di Kelantan tidak lengkap, sempit dan boleh mengundang pelbagai masalah.
Prof Mohd Hashim Kamali, Prof Dr Syed Hussein Alatas, Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Chandra Muzaffar semuanya pernah mengeluarkan pendapat menentang hudud ala Pas.
Misalnya, undang-undang hudud di Terengganu ketika Pas memerintah (1999-2004) tidak sama dengan hudud di Kelantan.
Manakala, Pas Kedah pula beri pelbagai alasan tidak boleh melaksana hudud di negeri itu, termasuk mahu menunggu Kelantan melaksanakannya dahulu. Walaupun ternyata tidak mampu, Pas masih menjajakan isu ini sebagai bahan kempen dalam ceramah, terutama bila tiba musim pilihan raya.
Soalnya: jika benar nak laksana, bagaimana Pas nak bendung bantahan DAP (dan PKR) dalam keadaan Pas adalah parti terkecil dari segi kerusi dan pengaruh dalam PR?

Jumaat, 27 Julai 2012

SHEILA RUSLY KASI AJAR SAMA @abby_abadi112 !!!


SHEILA RUSLY KASI AJAR SAMA @abby_abadi112 !!!


Artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.

Golongan tersebut seharusnya yakin dan jitu akan niat utama mereka untuk berhijrah kearah kebaikan dan harus mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah ke arah baik itu.

Pelakon yang juga penerbit drama Sheila Rusly berkata, seandainya ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

“Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

“Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

“Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pelakon dan Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya selepas bertukar imej bertudung dalam masa terdekat.

Malah tambahnya lagi, terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej tersebut dengan menekankan bab Politik dalam negara. -MPP

PANAS BERAPI! KASI BUANG LA PARASIT PARIA NI DARI BN!


Sebelum ini anda tentu pernah meLIHAT RAKAMan KLIP YOUTUBE seorang PEMIMPIN Cawangan UMNO di Perak yang mahu berTUKAR PARTI hanya kerana KECEWA TIDAK mendapat habuan PROJEK.. Selepas itu MUNCUL pulak TS KADIR Syeikh Fadzir yang mengaku bersama UMNO selama 5 DEKAD tetapi KECEWA lalu keluar dan berdiri di atas pentas PAS.. KECEWAnya dia seolah-olah selama dia jadik MENTERI, dia HARAM tak dapat apa pun melalui PLATFORM UMNO! Kita pun HAIRAN apakah mereka ingat UMNO ini yang kena menyumbang untuk mereka? Bukankah mereka yang sepatutnya menyumbang kepada UMNO demi NEGARA?

Hari ini HANGAT pulaklah di dalam BLOG-BLOG bahawa DS Lajim di Sabah seakan-akan ingin keluar pulak dari UMNO selepas DS Wilfred Bumburing.. RAKYAT pulak jadik HAIRAN dek PERANGAI para PEMIMPIN begini..
 ->KLIK<-

Sebagai PEMIMPIN Kerajaan UMNO/BN, kita TIDAK nampak mereka nih hidup meREMPAT seperti RAKYAT MARHAEN lain.. Sudah tentu TARAF keHIDUPan mereka pun berBEZA.. Mereka TIDAK perlu HIDUP seperti suku Bajau LAUT di Sabah yang diPAPARkan dalam siri MAJALAH 3.. Sudah tentu keHIDUPan mereka sebagai PEMIMPIN itu sangat MEWAH..

Pada kitalah, ALASAN mereka ini hanyalah mengada-ngada aje disebabkan sifat TAMAK HALOBA mereka.. Mereka hanya mencari ALASAN mudah untuk menyalahkan PARTI apabila mereka GAGAL memBERIkan KHIDMAT kepada RAKYAT di kawasan masing-masing.. Inilah SIFAT yang hanya ada pada UMNO/BN dan mungkin SERPIHAN UMNO seperti PKR.. Kenapa TIDAK? Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang terang-terang makan GAJI BUTA selama berPULUH TAHUN pun TIDAK pulak mengada-ngada menyalahkan PAS kerana dia GAGAL berKHIDMAT? Lagi dia SERONOK, ada la! Siapa tak nak MAKAN GAJI BUTA?

Sebagai PEMIMPIN, sudah tentulah mereka menjadi HARAPAN pada RAKYAT.. Jika ini sifat PEMIMPIN, apakah lagi HARAPAN yang ada pada RAKYAT? RAKYAT sudah cukup CERDIK untuk TIDAK memilih seseorang yang hanya tahu berCAKAP dan berLAKON tetapi GAGAL membawa HARAPAN mereka.. Jadik, tak usahlah berLAKON sebagai seorang WIRA jika anda hanyalah seorang yang 'LOSER' sebagai PEMIMPIN.. Seorang PEMIMPIN yang SEJATI TIDAK akan KECEWA dan tahu masanya untuk berUNDUR akan tiba demi kelangsungan kePIMPINan PARTI yang diWAKILinya.. Lainla kalau PEMIMPIN itu DIKTATOR!

Dalam KONTEKS ini, kita TIDAK meLIHAT wujudnya sifat PEMIMPIN sebegini kerana mereka terMAKAN HASUTAN pihak LAWAN semata-mata.. Kita PERCAYA WUJUDnya sifat sebegini kerana UMNO/BN terlalu 'meMANJAkan' para PEMIMPIN sebegini hingga RAKYAT sendiri naik LOYA meLIHATnya.. UMNO/BN patut menyediakan garisan PEMISAH agar mereka yang mahu berGELAR PEMIMPIN seharusnya benar-benar berKHIDMAT kepada RAKYAT seperti SLOGAN RAKYAT diDAHULUkan, penCAPAIan diUTAMAkan.. UMNO/BN patut BERHENTI mengangkat SPESIS yang nak jadi PEMIMPIN kerana keMEWAHan, PROJEK dan JAWATAN..

Ketika tarikh PRU-13 makin DEKAT, kita TIDAK nampak apa kePERLUan untuk seseorang PEMIMPIN itu merasa KECEWA dengan PARTI yang diWAKILinya.. Cukup sekadar mengatakan, "If you are not PERFORMED as PROMISED, just GO!Malah, sebaliknya UMNO/BN patut berSYUKUR kerana para PEMIMPIN sebegini keluar pada ketika ini.. Sekurang-kurangnya UMNO/BN TIDAK diSABOTAJ seperti mana 'LEVEL 4 Boys' lakukan semasa PRU-12 lalu.. UMNO/BN bolehlah mengANGGAP mereka ini PARASIT dalam KONTEKS yang sebenar, bukan macam Lebai-Lebai DUNGU PAS buat kat Datuk Hassan ALI!

Kita TIDAK PERCAYA pun jika diKATAkan sifat PEMIMPIN sebegini adalah SINONIM dengan sifat RAKYAT Sabah.. RAKYAT Sabah adalah DINAMIK dan berWAWASAN untuk mengejar masa depan yang lebih BAIK.. Patut diINGATkan bahawa UMNO/BN yang mengangkat mereka ini sebagai PEMIMPIN bukannya PAS, PKR dan tentunya jauh sekali DAP La'anatullah.. Apabila mereka dah bergelar PEMIMPIN, mulalah buat PERANGAI KONONnya mereka LAYAK jadik PEMIMPIN sampai KIAMAT?Jika PKR itu BAGUS, kenapa pulak ada yang KECEWA seperti Jeffrey KITINGAN? HEBAT betul cubaan BODOHkan RAKYAT..


Sumber: Tukang Dok Peghati

Lajim Ukin Pembelot Dan Pengkhianat




ATAS alasan apa sekalipun tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap,jahat,kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekailgus membuktikan bahawa beliaulah pembeot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.

Sikap berpaling tadah Lajim Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

Lajim Ukin sudah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka Puasa di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang,Lim Kita Siang serta Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.

Biarpun Lajim ada sejarah lompatnya namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli politik veteran seperti beliau kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar kem dan menggunakan senjata yang diberikan UMNO dan BN untuk membunuh rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.

Lajim juga boleh kita sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala desakannya.

Tindakan Lajim ini juga dikatakan berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia dan sebagai persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau,beliau akhirnya memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan Barisan Nasional untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya perjuangan beliau adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya semata-mata.

Malah Lajim juga bertindak sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan BN dalam PRU13 nanti dan tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar (besar sungguh cita-cita politik Lajim ini).Elok jugalah Lajim diperbodohkan oleh Anwar,dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua Menteri Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar sahaja.

Lajim yang selama ini kita anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya,beliau jadi terlalu mudah untuk diperbodohkan dan UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan BN membuat pembersihan dalam parti.

Untuk PRU13,PM dan Musa Aman harus mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan medan perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil BN ataupun UMNO dalam PRU nanti.

Huduh dan busuknya lagi permainan politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri,beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya termasuklah bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu dan kalau betullah dia bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Beufort,dia mengosongkan pejabatnya tetapi beliau masih menggunakan taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21 desakannya termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah dalam masa 15 hari.

Kita percaya dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri,beliau juga rakus menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan ataupun sebelum ini pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dalam kerajaan Negeri Sabah serta Ketua Merinyu Projek di Jabatan Ketua Menteri Sabah sewaktu menyandang ADUN Klias.

Malah ada yang mendakwa Lajim Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah dan pemerhati politik tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan hubungan kontrak serta projek dengan Shafie Afdal.Apa pula hubungan Shafie dengan Lajim ini?Untuk peringkat ini biar kita kaburkan dulu kisah kedua-dua mereka ini namun kalau benar beberapa projek di Sabah telah diberikan kepada Lajim melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Lajim membuktikan juga dalam masa beliau berhasrat untuk meninggalkan parti,beliau terus berusaha untuk `menyamun’segala projek-projek kerajaan.

Shafie dituduh ada kaitan dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta namun Lajim memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat.

Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerana difahamkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

Semua projek Kerajaan Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO dan dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.

Kita tidak tahu apa hubungan antara Lajim dan Shafie dan kita amat berharap semua itu fitnah apabila Shafie dikatakan menjadi perancang utama untuk mengkacaubilaukan politik Sabah menjelang PRU13 nanti. Dan kita harap pemberian projek oleh Kementerian Shafie kepada suku sakat ataupun Lajim sendiri bukanlah umpan untuk memalukan Najib serta Musa Aman tetapi adalh kerana kemampuan syarikat dan kita juga berharap siasatan SPRM tidak menemukan keterlibatan Lajim dalam kes rasuah termasuklah projek Sisa Pepejal di Kementerian Lajim sebelum ini.

Kita tunggu episod seterusnya Lajim Ukin ini…adakah beliau akhirnya akan seperti dulu sujud dan minta ampun serta maaf kepada Pairin Titingan kerana mengkhianti parti itu dan bila kena tipu dengan Anwar,beliau juga akan sujud dan minta maaf dalam bentuk yang sama terhadap PM Najib serta Musa Aman.


Sumber Sangah Tok Janggut


Psssttt.... Ni lah bila dah angkuh dan riak dengan kedudukan yang ada.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Khamis, 26 Julai 2012


Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jakim sudah puas makan #gajiharam?


Dalam banyak keadaan penyokong pembangkang yang bekerja dalam kerajaan tidak akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka secara bersungguh-sungguh dan berkesan atas beberapa sebab : pertama, mereka sendiri menentang dasar kerajaan sedia ada, iaitu dasar kerajaan BN, kedua, mereka sengaja tidak melakukan tugas dengan jujur dan baik kerana mereka tidak mahu kerajaan BN nampak bagus di mata rakyat; ketiga, mereka akan mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan BN atau melaksanakan sesuatu yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat; keempat, menggunakan kemudahan dan pembiayaan dari kerajaan BN bukan untuk menjelaskan dasar-dasar BN, tetapi untuk menyebarkan ideologi pembangkang. 

Atas keempat-empat sebab ini, bolehkah dikatakan yang penyokong pembangkang yang menjawat jawatan di dalam kerajaan hidup dan menyara keluarga dengan gaji yang halal?

Mengambil kira kes Timbalan Pengarah Jakim ini, mungkin ini merupakan antara punca  kenapa Nik Aziz boleh mengeluarkan pandangan Tuhan pun mencarut tanpa sebarang teguran dan tindakan tegas. Mungkin ini juga punca kenapa dasar-dasar Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan BN tidak dijelaskan dengan baik di akar umbi sebaliknya jawatan, elaun dan pembiayaan yang diberikan oleh kerajaan BN ini digunakan pula untuk tugas dan kerja pembangkang.

Ada mana-mana ustaz yang berani mengatakan sumber gaji penjawat awam yang menyokong pembangkang masih halal sekiranya mereka melakukan salah satu dari empat perkara di atas?

Penjawat awam tidak memutuskan dasar, tetapi diamanahkan menjadi pelaksana dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah. Bukankah mereka seharusnya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pembayar gaji mereka dengan bersungguh-sungguh? 

Jika mereka tidak bersetuju dengan sesetengah aspek pelaksanaan, bukankah mereka bertanggung jawab untuk menegur kerajaan menggunakan platform yang mereka ada sebagai penjawat awam dan melakukan penambah baikan? Atau, jika benar, mereka tidak boleh mentaati pemimpin tertinggi kerajaan BN dan melaksanakan apa yang diamanahkan kepada mereka, bukankah lebih `halal' gaji mereka jika mereka meletakkan jawatan?

Jangan gunakan alasan gaji ini adalah gaji yang dibayar oleh pembayar cukai. Fahamkan dulu bahawa cukai yang dikenakan kerajaan bukan seperti menyimpan wang di dalam akaun bank. Selepas cukai dibayar, ia menjadi hasil kerajaan sedia ada yang akan dibelanjakan mengikut dasar dan perancangan kewangan yang diluluskan di Parlimen. 

Sebagai penjawat awam, untuk setiap sen yang mereka terima, tanggung jawab mereka adalah untuk melaksanakan  dengan bersungguh-sungguh amanah pemimpin kerajaan sedia ada, iaitu untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan penuh integriti dan tepat pada waktunya untuk manfaat rakyat dan negara. Mereka juga bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan dasar-dasar ini dan manfaatnya kepada rakyat dan negara. 

Jika mereka langsung tidak bersetuju dan tidak mampu melaksanakan amanah ini, maka adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan dari terus menerus makan gaji dan menyara keluarga dengan gaji yang `tidak halal'.



DEDAH!!! Ramai pencacai PAS didalam JAKIM rupanya..

Baru-baru ini bekas Timb Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan telah menyerahkan borang untuk sertai PAS ke tangan Presiden PAS sendiri DS Abd Hadi Awang bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.

"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti.

Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.

Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui
 ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.

Patutlah Pas semakin berleluasa mempermainkan Islam tanpa sebarang kawalan, rupanya dalam Jakim sendiri banyak talibarut Pas..

Gua rasa, sebagai institusi agama yang dipenuhi oleh ulama, Jakim perlu serius dan bukan hanya menjadi penonton kepada sandiwara politik Pas.

Jakim mempunyai kemampuan melalui penggemblengan organisasi seperti Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Institut Kefahaman Islam (IKIM) serta ulama yang dibiayai oleh kerajaan.

Jakim boleh membuat penjelasan segera di seluruh negara terhadap sebarang kenyataan Pas yang bercanggah dengan Islam. Jangan hanya meletakkan tugas itu kepada UMNO sahaja.

Tindakan UMNO tak mudah diterima oleh sesetengah pihak kerana ia dianggap sebagai parti politik, tetapi Jakim adalah institusi agama tertinggi dalam negara.

So.., dengan pendedahan bahawa ramai penyokong Pas berkerja dalam Jakim, gua harap pihak tertinggi dapat 'berbuat sesuatu' demi menjaga aqidah umat Islam di Malaysia..

Kalau Jakim pun tak boleh diharap nak halang Pas menyelewengkan agama, pada siapa lagi nak kita harapkan?